Rahsia & Peluang Tambah Pendapatan dari Internet

BERKONGSI TIPS DAN PANDUAN MEMBINA PENDAPATAN SAMPINGAN MELALUI INTERNET DARI RUMAH

Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1

Friday, October 20, 2006

Buat Duit Dengan SMS!

Tak Percaya ke dengan tajuk di atas?

Pengguna SMS di Malaysia malah seluruh dunia setiap hari semakin meningkat. Anda juga mampu menjana pendapatan menggunakan SMS, Jika kena caranya!

Saya tertarik dengan e-book saudara Irwan Dahnil. Saya rasa beliau adalah orang pertama yang MEMBONGKAR bagaimana menjana pendapatan melalui SMS. Dari e-book ini anda akan tahu betapa mudahnya untuk menjana pendapatan dengan SMS.


Didalam e-book ini juga, beliau menerangkan 'step-by-step' bagaimana untuk memulakan bisnes anda menggunakan SMS dan menjana pendapatan melaluinya.

Bukan itu sahaja, beliau juga berkongsi maklumat tentang model-model TERKENAL menggunakan SMS, maklumat-maklumat penting untuk memulakan perniagaan melalui SMS, statistik penggunaan SMS di Malaysia dan sebagainya.

Jika anda ingin memulakan perniagaan SMS anda, tak kiralah sama ada menjual Kad Prepaid, CD dan sebagainya dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, Sila klik pada banner Rahsia buat DUIT dengan SMS.

10 Model Bisnes Internet

Salam sejahtera saudara/saudari sekelian,

Saya telah menerima satu email dari sahabat saya Tazilan, pengarang buku 10 model perniagaan internet. Beliau menjelaskan mengapa buku tersebut beliau tawarkan pada harga yang rendah.

Ikuti penjelasan beliau. Saya sarankan inilah masanya untuk anda dapatkan ebooknya.

Email dari saudara Tazilan Ibrahim
Assalamualaikum/salam sejahtera,

Andai kata anda tertanya-tanya mengapa ebook ini dijual pada harga yang rendah, ingin sekali saya berkongsi dengan anda ceritanya.

Sebab utamanya ialah ianya lebih kepada menguji kelakuan membeli (buying behaviour)di kalangan pengguna internet di negara kita untuk membeli ebook. Rata-rata harga ebook tempatan dijual pada harga antara RM30 ke atas.

Berdasarkan satu polling atau survey di dalam WangCyber.com, majoriti pengguna internet menyatakan mereka sanggup membeli ebook pada harga RM30 ke bawah. Kalau RM10 lagi bagus, kata mereka. Jadi saya ingin melihat sejauh mana kebenarannya survey itu dengan meletakkan harga ebook ini pada harga lingkungan tersebut. Adakah saya boleh menjual lebih banyak ebook pada harga ini ataupun sebaliknya.

Jika benar, maka fenomena ini akan menjadi satu revolusi dan akan mengubah warna penghasilan, penjualan dan pembelian ebook di kalangan usahawan internet dan industri perniagaan internet di negara kita.

Asalnya saya bercadang untuk menawarkan harga RM10 sahaja tetapi terfikir pula nak libatkan peserta program affiliate. Jadi saya tambah lagi RM10 sebagai peruntukan ganjaran kepada affiliate yang berjaya hasilkan jualan. Maka itulah jadinya RM20.

Sebab kedua, saya mahu lebih ramai berkemampuan membeli ebook ini. Maklumlah.. bukan semua orang ada banyak lebihan wang untuk dibelanjakan. Tambahan pula, perniagaan internet amat baru di negara ini. Jadi sebahagian besar masyarakat masih agak skeptikal untuk mengeluarkan wang banyak terutamanya dalam pembelian ebook. Kalau betul survey seperti yang saya katakan tadi, maka saya berharap ramai yang akan mendapatkan ebook ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Namun disebalik harga yang rendah ini, mungkin timbul pula persoalan... kenapa murah sangat? Mesti kandungannya tak seberapa dan tak berkualiti. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah risiko yang terpaksa saya ambil. Harga ebook ini tidak merendahkan mutunya. Jangan nilai sesebuah buku dari kulitnya, kata para bijak bistari.

Saya mengambil masa 6 bulan untuk membuat kajian dan menyiapkan ebook ini. Sesungguhnya insyaallah saya tidak kompromi dari segi kualiti dan nilai! Rasanya ingin sahaja saya jual pada harga RM50 memandangkan isi kandungannya yang bermutu dan bermaklumat. Itu tidak kira segala kos, tenaga dan masa yang dicurahkan dalam menghasilkan ebook ini.

Namun, seperti yang saya katakan tadi, bisnes-bisnes juga, tetapi saya ingin benar mengetahui buying behaviour di kalangan rakyat Malaysia dalam pembelian ebook. Sebabnya saya akan menghasilkan beberapa ebook lagi dalam masa terdekat. Jadi strategi harga ebook 10 Model Perniagaan Internet ini jadi testing ground lah!

Jadi, janganlah berlengah lagi. Dapatkan ebook ini sekarang! Klik pada link dibawah.
http://www.ideabisnesluarbiasa.com/agen/idea/1613.php

Friday, October 13, 2006

Rahsia & Peluang Tambah Pendapatan dari Internet

Rahsia & Peluang Tambah Pendapatan dari Internet

Thursday, October 12, 2006

Serlahkan Diri Mu

Setiap manusia yang lahir didunia ini mempunyai kebolehan serta kelebihan tersendiri. Ramai diantara kita yang rajin bekerja manakala tak kurang pula yang bijak menguruskan perniagaan mereka sendiri.

Sebut saja tentang perniagaan, tentunya terlintas di kotak fikiran bahawa apapun perniagaan yang dilakukan tentulah mempunyai risikonya. Ini diakui hinggakan orang tua-tua dahulu pernah menyebut “jika takut dilambung ombak, jangan berrumah ditepi pantai”.

Namun risiko dalam perniagaan dapat dikurangkan jika seseorang ahli perniagaan tersebut BERILMU dengan menggariskan perancangan perniagaannya secara teratur dan terancang. Apapun, sekiranya seseorang itu belum mempunyai perancangan, atau dalam erti kata lain masih belum bersedia untuk berniaga, jangan sekali-kali melakukannya. Pepatah ada menyatakan “kalau kail panjang sejengkal, lautan yang dalam jangan diduga”.

Bermulalah dengan menuntut ILMU PERNIAGAAN. Tanamkan azam untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh serta istiqomah. Berdampinglah dengan mereka yang berpengalaman serta mintalah panduan dan nasihat.

Saya nasihatkan kepada mereka yang ingin berjinak-jinak untuk berniaga, carilah ilmu perniagaan yang mereka ingini terlebih dahulu sebelum memulakannya. Bacalah buku-buku perniagaan, buatlah rujukan dan pelajari dari seminar-seminar perniagaan.
Insyallah anda di garisan permulaan yang betul dalam PERNIAGAAN.


Pendapat anda?