Rahsia & Peluang Tambah Pendapatan dari Internet

BERKONGSI TIPS DAN PANDUAN MEMBINA PENDAPATAN SAMPINGAN MELALUI INTERNET DARI RUMAH

Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1

Friday, October 20, 2006

10 Model Bisnes Internet

Salam sejahtera saudara/saudari sekelian,

Saya telah menerima satu email dari sahabat saya Tazilan, pengarang buku 10 model perniagaan internet. Beliau menjelaskan mengapa buku tersebut beliau tawarkan pada harga yang rendah.

Ikuti penjelasan beliau. Saya sarankan inilah masanya untuk anda dapatkan ebooknya.

Email dari saudara Tazilan Ibrahim
Assalamualaikum/salam sejahtera,

Andai kata anda tertanya-tanya mengapa ebook ini dijual pada harga yang rendah, ingin sekali saya berkongsi dengan anda ceritanya.

Sebab utamanya ialah ianya lebih kepada menguji kelakuan membeli (buying behaviour)di kalangan pengguna internet di negara kita untuk membeli ebook. Rata-rata harga ebook tempatan dijual pada harga antara RM30 ke atas.

Berdasarkan satu polling atau survey di dalam WangCyber.com, majoriti pengguna internet menyatakan mereka sanggup membeli ebook pada harga RM30 ke bawah. Kalau RM10 lagi bagus, kata mereka. Jadi saya ingin melihat sejauh mana kebenarannya survey itu dengan meletakkan harga ebook ini pada harga lingkungan tersebut. Adakah saya boleh menjual lebih banyak ebook pada harga ini ataupun sebaliknya.

Jika benar, maka fenomena ini akan menjadi satu revolusi dan akan mengubah warna penghasilan, penjualan dan pembelian ebook di kalangan usahawan internet dan industri perniagaan internet di negara kita.

Asalnya saya bercadang untuk menawarkan harga RM10 sahaja tetapi terfikir pula nak libatkan peserta program affiliate. Jadi saya tambah lagi RM10 sebagai peruntukan ganjaran kepada affiliate yang berjaya hasilkan jualan. Maka itulah jadinya RM20.

Sebab kedua, saya mahu lebih ramai berkemampuan membeli ebook ini. Maklumlah.. bukan semua orang ada banyak lebihan wang untuk dibelanjakan. Tambahan pula, perniagaan internet amat baru di negara ini. Jadi sebahagian besar masyarakat masih agak skeptikal untuk mengeluarkan wang banyak terutamanya dalam pembelian ebook. Kalau betul survey seperti yang saya katakan tadi, maka saya berharap ramai yang akan mendapatkan ebook ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Namun disebalik harga yang rendah ini, mungkin timbul pula persoalan... kenapa murah sangat? Mesti kandungannya tak seberapa dan tak berkualiti. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah risiko yang terpaksa saya ambil. Harga ebook ini tidak merendahkan mutunya. Jangan nilai sesebuah buku dari kulitnya, kata para bijak bistari.

Saya mengambil masa 6 bulan untuk membuat kajian dan menyiapkan ebook ini. Sesungguhnya insyaallah saya tidak kompromi dari segi kualiti dan nilai! Rasanya ingin sahaja saya jual pada harga RM50 memandangkan isi kandungannya yang bermutu dan bermaklumat. Itu tidak kira segala kos, tenaga dan masa yang dicurahkan dalam menghasilkan ebook ini.

Namun, seperti yang saya katakan tadi, bisnes-bisnes juga, tetapi saya ingin benar mengetahui buying behaviour di kalangan rakyat Malaysia dalam pembelian ebook. Sebabnya saya akan menghasilkan beberapa ebook lagi dalam masa terdekat. Jadi strategi harga ebook 10 Model Perniagaan Internet ini jadi testing ground lah!

Jadi, janganlah berlengah lagi. Dapatkan ebook ini sekarang! Klik pada link dibawah.
http://www.ideabisnesluarbiasa.com/agen/idea/1613.php

0 Comments:

Post a Comment

<< Home