Rahsia & Peluang Tambah Pendapatan dari Internet

BERKONGSI TIPS DAN PANDUAN MEMBINA PENDAPATAN SAMPINGAN MELALUI INTERNET DARI RUMAH

Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1

Thursday, October 12, 2006

Serlahkan Diri Mu

Setiap manusia yang lahir didunia ini mempunyai kebolehan serta kelebihan tersendiri. Ramai diantara kita yang rajin bekerja manakala tak kurang pula yang bijak menguruskan perniagaan mereka sendiri.

Sebut saja tentang perniagaan, tentunya terlintas di kotak fikiran bahawa apapun perniagaan yang dilakukan tentulah mempunyai risikonya. Ini diakui hinggakan orang tua-tua dahulu pernah menyebut “jika takut dilambung ombak, jangan berrumah ditepi pantai”.

Namun risiko dalam perniagaan dapat dikurangkan jika seseorang ahli perniagaan tersebut BERILMU dengan menggariskan perancangan perniagaannya secara teratur dan terancang. Apapun, sekiranya seseorang itu belum mempunyai perancangan, atau dalam erti kata lain masih belum bersedia untuk berniaga, jangan sekali-kali melakukannya. Pepatah ada menyatakan “kalau kail panjang sejengkal, lautan yang dalam jangan diduga”.

Bermulalah dengan menuntut ILMU PERNIAGAAN. Tanamkan azam untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh serta istiqomah. Berdampinglah dengan mereka yang berpengalaman serta mintalah panduan dan nasihat.

Saya nasihatkan kepada mereka yang ingin berjinak-jinak untuk berniaga, carilah ilmu perniagaan yang mereka ingini terlebih dahulu sebelum memulakannya. Bacalah buku-buku perniagaan, buatlah rujukan dan pelajari dari seminar-seminar perniagaan.
Insyallah anda di garisan permulaan yang betul dalam PERNIAGAAN.


Pendapat anda?

1 Comments:

At 1:06 PM, Blogger Eddie said...

A'kum saudara Zakir, tahniah kerana mempunyai blog yang menarik. Tak aplly google adsense ke? Saya sekarang bolehlah dah ada sikit pendapatan dari google....

Eddie
http://eddie-photovideo.blogspot.com
http://eddie-luxor.blogspot.com
http://eddie-ro.blogspot.com
www.eddie-photovideo.com
http://photovideo.fotopages.com

 

Post a Comment

<< Home